Thursday, May 8

#23

Kawan?
Hah kawan ke kalau kau dah tahu siapa dia pada aku
Tapi masih bermulut longkang.

Bodoh!
Ya org yang tak berperasaan je takda perasaan cemburu
Kau nak aku faham kau
Tapi yang ada berkali kali kau menyakitkan hati
Atau ada cerita disebalik semua ni?

Kau suka dia?
Mungkin kau ada hati?

Ohhh kenapa masih berpura pura
Luahkan saja supayaa
Aku tahu
Dia tahu
Dan semua tahu...

Sudah aku dah tak berperasaan lagi.
Hal dunia malas penat untuk semua itu
Ya aku masih punya sesuatu yang perlu dihabisi
Selesai itu mereka semua takkan wujud lagi.

TITIK...

Monday, February 3

#22

Kawan...
Kalau kawan sokong apa aku suka
Sokong apa aku mahu
Macam aku buat dengan kau
Aku tak suka tapi kau suka
Tapi aku masih sokong
Sebab aku tahu kita tak sama
Apa aku suka belum tentu kau suka
Ingat kita berbeda

Aku bukan kereta kawalan
Yang kau boleh control
Itu boleh ini tak boleh
Jangan jadi controller
Aku ada ruang dan ruang kau
Aku bagi tanpa menghalang
Dah berkali kias
Sampai satu tahap aku tak tahan
Sumpah aku tak tahan

Apa aku buat semua nak tahu
Apa aku buat semuanya salah
Apa aku buat semua tak kena pada mata kau
Ingat aku kawan bukan kaunter informasi
Aku bagitau apa yang aku nak bagitau
Ini cara aku
Cara aku berkawan cara aku berteman cara aku bersahabat
Kalau nak lebih lebih maaf itu bukan aku
Mungkin kau perlu cari orang lain untuk jadi sebegitu

Tuesday, January 14

#21

Mengalah
Aku penat untuk jadi lemah
Jadi perempuan yang mengalah
Untuk terus mengalah
Aku masih mencuba
Tapi bila sampai masa
Dimana aku tak mampu lagi untuk mengalah
Itu aku kalah
Kalah untuk mengalah
Dan aku kalah selamanya
Tapi aku yakin aku menang
Menang sebab berjaya untuk kalah dengan mengalah.

Friday, December 6

#20

Tolong
Aku mintak tolong 
Kalau tak boleh cakap
Jangan maki macam 10 orang aku bunuh
Dengan kau tak pernah nak berkira
Tapi bila balik pada aku
Seribu alasan tak pernah cukup
Yang tahu nangis
Hati nangis mata berair
Tapi Nadiah kuat bangkit gagah 
Bagai arca kaca yang berharga

Friday, November 29

#19

Ya atau Tidak
Bila aku tanya secara jujur
Aku minta jawapannya jujur
Bila aku aku tanya dengan bersungguh
Aku mahu jawapannya juga bersungguh
Bukannya bila aku tanya Ya atau Tidak
Jawapannya pusing satu alam
Tapi masih tak sampai sampai pada kehendaknya
'Ya atau Tidak' tak susah mana
Tak susah macam mana soalan final exam
Yang perlu berhari untuk memahaminya
Yang aku perlu satu jawapan yang ringkas dan padat
Sama ada 'Ya atau Tidak'
Yang sama pada pandangan kau
Tapi boleh mengubah aku 360 pada aku.

#18

Tak kesah
Bila aku kata 'Tak kesah'
Bukan makna aku tak Kesah
Tapi sebab aku Tak kesah untuk jadi Tak kesah
Sebab aku tahu kalau aku kesah untuk jadi Tak kesah
Aku boleh jadi zalim bila jadi kesah
Tapi untuk apa jadi kesah
Sedangkan Tak kesah lagi baik dari Kesah

Tuesday, November 26

#17

Hati
Lagi sekali main main dengan hati
Ambil risiko untuk hancurkannya berkali kali
Benar sayang perlu perngorbanan
Tapi kenapa setiap kali sayang kena berkorban
Jadi mana datangnya kebahagiaan?

Otak
Tak mampu selari dengan hati
Bertelagah sendiri untuk fikir membawa diri
Tapi kenapa kaki berat untuk mengerti?
Mungkin perlu nekad membawa diri
Biarkan hati yang sakit terubat sendiri
Kalau terus begini 'pain killer' sendiri tak mungkin boleh berfungsi.

Monday, November 18

#16

Bodoh
Ya selalu begini pada akhirnya
Sudah memahami tapi masih mencuba
Bodoh kau bodoh zalim terhadap diri

Pandai
Ya kau pandai membuat akhirnya begini
Datang dan pergi untuk mengisi hari hari kosong
Dan aku masih begini
Bodoh kerana tidak memahami kepandaian
Makhluk aneh seperti kau

Topeng
Kau datang persis gaya bidadara dari syurga
Padahal kau tak ubah syaitan pembawa durjana
Pemain watak umpama sejuta anugerah
Ternyata kau zalim mengalahkan zionis

Untuk hati
Moga kau pandai membawa diri
Kekasih abadi sentiasa di sisi


Saturday, November 2

#15

Maaf?
Sekali sekala mungkin bermakna
Tapi untuk selalu
Bukan bermakna tetapi nak kena

Maaf?
Untuk ke tiga kali
Masih berbau sindir
Aku bukan sempurna untuk kali keempat

Maaf?
Simpan dalam kocek
Jika aku beri
Maka itu betul betul dari hati
Bukan barang murah
Ibarat Lolipop Big Top yang dijual
Dua biji sepuluh sen

Friday, November 1

#14

Sayang?
Kenapa ada bila hati berbual bicara
Pada teman jatuh kasih
Terpautnya sayang

Berani?
Takut atau tidak risiko pasti ada
Kalau cuak kenapa mencuba
Tinggalkan segala yang hampeh
Yang bawak diri ke khayalan neraka

Jadi orang biar betul betul orang
Orang yang penuh ilmu di dada
Bukan ilmu dunia saja tapi yang abadi
Ilmu dari Dia tak pernah kosong
Bangkit sebelum mati

Friday, October 25

#13

Kalau hati mahu kenapa tak diberi?
Maaf bukan tak mahu tapi masih mencuba lagi
Satu hari bila mampu berdiri
Hati yang pertama teguh megah berdiri.

Sakit persetankan saja
Itu cuma permainan hidup
Cuma yang lembik akan lunyai
Tapi hati hati jangan bongkak sampai
Diri yang hina terus ke neraka tempatnya

Walaupun seringgit duit tetap duit
Masih berharga pada pandangan materialistik
Dan walaupun sekelumit nanah
Neraka tetap neraka
Jadi layankan saja....


Friday, August 23

#12

Acah acah kuat tapi lembik macam Baskin Robin
Konon power rangers merah
Tapi tak ubah macam red riding hood
Yang lemah bila disogok epal mentah
Kecil hati tapi masih berlagak bisu
Anggap itu mungkin boleh dibaiki
Tapi hampeh tak mungkin arang bertukar jadi diamond yang bersinar
Bodoh harap benda yang pasti tidak menjadi

Friday, August 16

#11

Jangan...
Tidak Jangan aku sendiri lagi
Pergi mu itu tak pernah sedari
Mengapa kepura puraan yang engkau tayangi
Sedangkan mereka tak pernah berpontensi
Menduduki hati ini....

Jangan....
Jangan coba meragut mencuri
Kekasih Illahi tetapkan aturan ada fungsinya sendiri
Bukannya sekadar isi di kalamnya sendiri
Hayati...... Fahami......
Pasti jalan lurus ditemui

Mengapa merintih menangis
Sedangkan berdiam diri engkau yang pilih sendiri
Tanpa paksaan dan provokasi...

Monday, July 29

#10

Pergi...
Perginya aku bukan membawa diri
Hanya sebahagian dari persepsi
Pulangkah aku... Aku sendiri tidak pasti

Pergi...
Mungkin ghaib terus menjadi jadi
Sabarlah hati keluh kesah la sendiri
Tiada yang menemani

Momerendum "Forever Alone" semakin menghantui
Percayalah hati Kisah Dongeng ini pasti "Happy Ending"

Sunday, July 28

#9

Redha pasghahhh. 
Gagal namun masih mencuba dan...
Terus mencuba
Sabarlah hati... Masih terlalu awal untuk menangisi
Sesuatu yang masih belum pasti.. 
Jangan pernah berharap hadirnya disisi 
kerna itu mungkin akan lebih menyakiti hatimu sendiri. 

Mungkinn....
Ini ujian dari PENCINTA SEJATI 
Jangan... Jangan bersedih pasti akan ada 
yang akan sama sama mengharungi kisah dongeng suatu masa nanti
Bila dan siapa itu semua hanya perlu sabar dan menanti. 

PENCINTA AGUNG itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui. 
Ketahuilah bahawa ada yang meriwayatkan "Mungkin sesuatu itu baik 
bagi kamu namun tidak baik baginya" 
Makan Redha dan pasrah la wahai hamba Illahi.

Thursday, July 11

#8


RAMADHAN...
Bertempiaran lah lari wahai syaitan yang direjam
Syaitan diikat tapi...
Kenapa.. Kenapa hati masih merintih seolah ingin menghampiri maksiat. 

Astaghfirullahhalazim.... 
Sedih dengan diri sendiri. 
Mengapa hati masih mengharap 
Tamakkan sedikit belaian dari dia 
Meritih mengharap akan ada kata kata semangat 
Yang mungkin akan terus melalaikan dan menghanyutkan jiwa lara? 

Nafsu mengesuai semua. 
Mengapa didambakan kasih palsu sedangkan yang ABADI selalu disisi?

Tuesday, December 4

#7

Malam...
Bermonolog sendiri di kala malam yang sunyi
Mengapa jadi sensitif begini? 
Cemburu dengki lemah semuanya menguasai diri
Bukan angkara perewang 
Tapi ia nya bermula dari akal yang membawa kepada BUSUK HATI
Bukan diminta jadi begini tujuan hanya ingin mengenali.
Hati yang teguh dgn pasakkan tiang tiang hikmat kini condong seperti tanpa paksi. 

Lemah
Ya lemah menguasai diri apa pun boleh jadi 
Jangan jadi minyak yang menyamarakkan lagi api 
Ibarat mencurah curah tanpa disedari 
Tiada istilah 'TER' dalam dunia fatamorgana ini 
Semuanya dalam kawalan sendiri 
Buruk atau tidak itu terpulang pada diri.
Yang memilih tanpa dipengaruhi. 

Bodoh...
Biar mengaku bodoh sebelum orang membodohkan 
Tunggul mmg selalu diperbodohkan sudah tahu kenapa tanya lagi? 
Itu kesalahan manusia hari ini. 
Terang lagi bersuluh 'Baru Balik Pasar Ke' dah tahu nak tanya lagi. 
Kalau dibodohkan katanya tak bermoral tinggi. 

Aduh
Dunia penuh warna warni
Kelam mungkin tapi... itu lah yang sebenarnya mewarnai dunia kecil ini. 
Kenapa perlu mengeluh kesah 
Sedangkan yang waras hanya perlu bersyukur 
Menadah tangan ke langit 
Tapi...
Tidak pernah lupa menunduk ke bumi kerana itu 'Fitrah' semulajadi.

Sunday, December 2

#6

Diri...
Entah kenapa
Besi yang kuat.. Jadi chocolate yang lembik lunyai
Burung murai yang tercabut ekor
Tiba tiba jadi si gadis bisu yang pasif

Ya...
Keadaan memonopolikan diri
Dulu ada teman melayan apa saja katanya di iya kan saja 
Sekarang? 
Cakap dgn dinding mungkin. 
JANGAN JANGAN JANGAN! 
Nadiah yang kuat kena teruskan kuat
Bukan lemah macam gadis kecil yang manja. 
Dah nak masuk 19 pun kan nak menangis meraung hentak kaki
Pulang please....

ALLAH menduga mengikut kemampuan manusia kerana DIA menyayangi umatnya. 

Friday, November 30

#5

Setiap mula mesti ada hujungnya kan
'Sama ada jannah atau jahannam'. 
Dah bukan masanya lagi bersenang lenang 
Dgn goyang bontot cooper malaysia kau tu 
Melakukan rentak tari di atas pentas tarian keyboard awak
Bergaul mesra di alam maya lagi. 


Sekarang masa nak hayun langkah mulakan hari hari baru
Habiskan apa yang belum habis 
Sudahkan apa yang dah dimulakan 


Tanpa paksaan....
Tapi penuh dengan senyuman dan kesyukuran 
Dengan pilihan jalan kehidupan yang dikurniakan
Pilihan sendiri tentu mudah bukan.

Wednesday, November 21

#4

Syukur...
Bangun pagi dan tidak pernah tidur mungkin. 
Ketakutan menyelubungi 
Dengan bunyi-bunyian...
Mungkin... yang tidak pernah menyamankan hati. 

Sedih..... Sangat sedih melihat 
Sesama saudara ISLAM mengalami nasib semalang itu.
Hanya doa menjadi perataraan diri
Jangan pernah menyalahkan nasib

Janji...
Perjanjian sudah termenterai
Janji itu pasti namun manusia yang mengkhianati
Mudah perjanjian sgt mudah tapi melaksanakan itu yang susah
Semua terletak pada hati. 
Jangan pandai berjanji tapi bodoh untuk mengerti. 

Kembali Muhasabah diri
Mungkin... Kita akan belajar memahami mengapa takdir jadi begini.