Monday, February 3

#22

Kawan...
Kalau kawan sokong apa aku suka
Sokong apa aku mahu
Macam aku buat dengan kau
Aku tak suka tapi kau suka
Tapi aku masih sokong
Sebab aku tahu kita tak sama
Apa aku suka belum tentu kau suka
Ingat kita berbeda

Aku bukan kereta kawalan
Yang kau boleh control
Itu boleh ini tak boleh
Jangan jadi controller
Aku ada ruang dan ruang kau
Aku bagi tanpa menghalang
Dah berkali kias
Sampai satu tahap aku tak tahan
Sumpah aku tak tahan

Apa aku buat semua nak tahu
Apa aku buat semuanya salah
Apa aku buat semua tak kena pada mata kau
Ingat aku kawan bukan kaunter informasi
Aku bagitau apa yang aku nak bagitau
Ini cara aku
Cara aku berkawan cara aku berteman cara aku bersahabat
Kalau nak lebih lebih maaf itu bukan aku
Mungkin kau perlu cari orang lain untuk jadi sebegitu

No comments: