Malam...
Bermonolog sendiri di kala malam yang sunyi
Mengapa jadi sensitif begini?
Cemburu dengki lemah semuanya menguasai diri
Bukan angkara perewang
Tapi ia nya bermula dari akal yang membawa kepada BUSUK HATI
Bukan diminta jadi begini tujuan hanya ingin mengenali.
Hati yang teguh dgn pasakkan tiang tiang hikmat kini condong seperti tanpa paksi.
Lemah
Ya lemah menguasai diri apa pun boleh jadi
Jangan jadi minyak yang menyamarakkan lagi api
Ibarat mencurah curah tanpa disedari
Tiada istilah 'TER' dalam dunia fatamorgana ini
Semuanya dalam kawalan sendiri
Buruk atau tidak itu terpulang pada diri.
Yang memilih tanpa dipengaruhi.
Bodoh...
Biar mengaku bodoh sebelum orang membodohkan
Tunggul mmg selalu diperbodohkan sudah tahu kenapa tanya lagi?
Itu kesalahan manusia hari ini.
Terang lagi bersuluh 'Baru Balik Pasar Ke' dah tahu nak tanya lagi.
Kalau dibodohkan katanya tak bermoral tinggi.
Aduh
Dunia penuh warna warni
Kelam mungkin tapi... itu lah yang sebenarnya mewarnai dunia kecil ini.
Kenapa perlu mengeluh kesah
Sedangkan yang waras hanya perlu bersyukur
Menadah tangan ke langit
Tapi...
Tidak pernah lupa menunduk ke bumi kerana itu 'Fitrah' semulajadi.
No comments:
Post a Comment